Thursday 28 February 2013

Assalamualaikum wbt.

Untuk entry kali ini, tiba-tiba rasa nak kongsi sedikit mengenai wanita. Mungkin sebab penulis blog ini juga seorang wanita  *hehe* , rasa macam perihal wanita ini dekat sangat dengan diri (mesti lah kan..). Baiklah, kita sentuh satu aspek ni, ramai yang tahu tapi ramai juga yang terlepas pandang.

PERIHAL AURAT DALAM BERPAKAIAN.


Kan comel tutup aurat dengan sempurna. :)

Rasa takut apabila baca bahawa penghuni neraka nanti ramai daripadanya adalahwanita. 

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."(Riwayat Muslim)

Apa antara dalil wajib tutup aurat?

Firman Allah swt, 
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Dan satu lagi,...

Dalil tutup aurat.

Pardon? Tutup aurat? Ke tutup urat?

Nah. Ini yang kita selalu terlepas pandang. Tutup aurat - bukan sekadar mengenakan baju dan tudung, tetapi kita kena pastikan pakaian kita itu menepati syarat-syarat di bawah:

- pakaian tak ketat, nipis atau jarang.
- tudung dilabuhkan sehingga menutupi bahagian dada.
- pastikan menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. 
  (attention !!! kaki kita juga aurat !!!)
- tidak menampakkan perhiasan.

Antara kesalahan yang sering kita terlepas pandang.
Jangan ulangi kesalahan ini..!!

Ala, lecehlah nak kena tutup semua!

Astaghfirullahal adzim.
 Kita kena ingat setiap arahan Allah untuk hamba-Nya bukan tujuan untukmembebankan kita. Allah tahu apa-apa yang terbaik untuk kita. Allah faham kita. Allah tahu fitrah manusia itu kerana Allah yang cipta kita. Suruhan untuk menutup aurat ni tak lain tak bukan adalah untuk pelihara kita juga, wahai wanita yang diciptakan indah sekalian. Aurat perhiasan kita, maka wajar kita tunjukkan pada yang berhak sahaja.

Cuba kita lihat secara logik. Analoginya, andai kata kita ada dua coklat Ferraro Rocher. *gulp.terliur*. Mahalkan coklat tu? Pernah tak nampak coklat yang mahal terdedah tanpa bungkusan? *tak pernah kan*. Okay, katakanlah, satu coklat masih berbungkus elok. Manakala satu lagi coklat terdedah. Boleh jadi lalat atau habuk telah melekat pada coklat yang terdedah tu. Akhirnya, coklat mana yang kita pilih untuk makan
Tepuk dada, tanya iman. :)

Indahnya Ferrero Rocher di dalam bungkusan. :)

Macam tu lah dengan kita, wanita. Mahalnya kita, sebab itulah Allah perintahkan kita tutup aurat. Dan hanya orang yang layak saja boleh memandangnya. Oleh itu, jom tutup aurat dengan sempurna. 
Kerana dirimu begitu berharga! ;)

Aurat saya. Maruah saya. Jom pelihara aurat. :)

No comments:

Post a Comment