Friday 15 March 2013

                                                     KISAH SEORANG ARTIS :)

ALHAMDULILAH setelah ALLAH memberi ujian kepada ana dengan dugaan yang tak pernah ku sangka dan tk ku duga..tiba2 allah memberikan kegembiraan  kpd ana..YA ALLAH disebabkan seorang kawan yg sngat2 ana rapat telah membawa ana ke jalan yang ana terlalu2 impikan dari dluw lagi.. thanks my friends.. haa! tak ku sangka.. akhirnya sya telah mencuba menjadi yang terbaik di mata ALLAH.. Ya allah bersyukurnya.. ALa.. biar lah orang nk kata kt ana pown .. nk tulis kt  fb ka , tweet ka , ap2 jela...biar lah ana keji di hadapan manusia.. tapi ana tanak keji di kekasih ana iaitu ALLAH.. kalau keji d mata manusia .. korang tak buleyh buat apa2 kan TAPI jika ana keji d mta ALLAH ana yang takut.. sebabnya ALLAH maha kuasa.. apa2 pown dia boleyh turunkan bala kepada ana.. ALLAH maha adil..apa yang kita buat d dunia ALLAH akan balas balik kan..Takut lah.. okeyh.. sebelum bermulanya cerita yg ingin di sampaikan izinkan ana melafazkan bismillahirahmanirahim terlebih
dahulu... haa okeyh mai cni ana nak berkongsi cerita pasai artis kita iaitu FARAH ASYIKIN ... baru2 nie dy dtg tmpat ana study tau dak! Fulamak.. terkejut sngat2 tgk dy.. nak tahu kenapa.. YA ALLAH ... dy sudah berhijab... sbulum dy dtg tmpt ana study tu.. ana prnah jumpa dy kat stadium.. ya rabi seksinya dy... tapi skrng nie berubah ... berubah.. berubah... YA allah 1 time jumpa dy beserinya muka dyaaaaa... tgk ALLAH telah mmberi hdyah kpd dy.. dy cerita sndri..mcm na dy boleyh berhijab.. dy berhijab disebabkan terbayang d hadapan cermin TNTNG DOSA2 DY YG LALU .. haaa...tunggu cangak g tak takut... balik drp tmpt kerja tu dy nangis smbil drive..hmm  terpikir2 knapa dy buat cmtu?? kt sapa dy nak tunjuk aurat dy?? hmm.. dalam perjalanan pulang dy menangis.. dn pada masa yg sama hujan turun dgn lebatnya.. bayangkanlah kalau hujan lebat..mcm na lau dy balik kan.. haa.. tapi tgk ALLAH maha penyayang.. ALLAH jaga dy.. smpai ja kt rumah dy..dy berlari masuk bilik..dy nangis..nangis..dn nangis.. pada malam yg hujan sngat lebat,, guruh kilat kuat.. dy telah melakukan solat sunat taubat nasuha... YA ALLAH cering bulu roma .. habisnya rakaat yang terakhir dan dy melafazkan amin .. lalu hujan yang lebat dgn guruh,kilat tu berhenti.. ajaibnyaa.. ALLAH telah mendengar doanya.. sekarang nie dy adalah seorang hamba ALLAH yang sedang beristiqamah kpd ALLAH .. YA ALLAH indahnya islam tu kan.. seorang demi seorang ALLAH memberi hidayah kpd hambanya.. sekarng nie kita boleyh tgk kan ramai artis yg bertudung.. INDAHNYA ISLAM.. ISLAM tidak susah jika kita sering mengamalkannya kan..









Monday 4 March 2013


 ASSALAMUALAIKUM .....

        Utusan ini menceritakan tentang berkorbannya seorang AYAH ... haaa! sedih dengan khabar berita yg mnyatakan abah terpaksa bertugas di SABAH.tahu kan isu sekarang yg peperangan filipine tu... haa !! YA ALLAH .. dgr2 eh btol ke nie .. abah nak ke sana.. tak caya .. tak caya.. tak caya... hmm.. semua orang tahu kan apa isu semasa yang berlaku kat sana.. kan.. kan .. kan.. YA ALLAH takutnya.. tapi nak buat cmna mmng dah tugas yang harus dilakukan dah kan.. Eh! jap tapi abah standby baru.. tapi tak thu lah jadi ke tak lagi.. hmm.. tapi mintak2 lah tak jadi.. hehe.. takmau abah p sana.. kalau boleh tak mau .. tak mau.. sesungguhnya ALLAH telah tetapkan abah ke sana saya redha .. sesungguhnya abh ke sana berjuang demi negara kan .. insyaallah abh pergi dgn selamat dan pulang dgn selamat.. insyaallah....kerja yang di amanahkan harus dilakukan kan.. semoga abh berjuang dgn selamat demi negara...kakngah syg abh sngat2.. :)
SEMOGA PERJUANGANMU DI REDHAI ALLAH :) insyaallah 


                                       SENTIASA MENDOAKAN PERJUANGANMU ABAH 





Friday 1 March 2013


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
moga lautan hilang gelora
            





Hari keimanan teguh di hatimu
Bentangkan sejadah keinsafan
Setulus hatimu ke hadrot Illahi
Mohon maghfiroh bersujud padaNya
Betapa sepinya fatamorgana
Di dunia yang tandus keimanan
Nafsu amarah melingkari diri
Kerakusan manusia membawa sengsara
Lihatlah dunia hari ini
Pertumpahan darah di sana sini
Keegoan manusia meraja di hati
Sanggup berbunuhan tiada maruah diri
Terbitkan kembali kuntuman keimanan
Usah biarkan layu berterusan
Kembali segera ke panjang jalan
Moga mendapat syafaat Illahi


Thursday 28 February 2013



Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.



MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH ?

Tepuk dada.. pejam lama2 .. tanya iman :)



Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah , 
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

♥•YA ALLAH♥•
Tabahkan jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

semoga kita semua (para akhwat) dapat terus berusaha tuk menjadi wanita sholeha, sebagaimana yang disebutkan bahwa “sebaik-baik perhiasan dunia adalah Wanita yang Sholeha”