Friday 15 March 2013

                                                     KISAH SEORANG ARTIS :)

ALHAMDULILAH setelah ALLAH memberi ujian kepada ana dengan dugaan yang tak pernah ku sangka dan tk ku duga..tiba2 allah memberikan kegembiraan  kpd ana..YA ALLAH disebabkan seorang kawan yg sngat2 ana rapat telah membawa ana ke jalan yang ana terlalu2 impikan dari dluw lagi.. thanks my friends.. haa! tak ku sangka.. akhirnya sya telah mencuba menjadi yang terbaik di mata ALLAH.. Ya allah bersyukurnya.. ALa.. biar lah orang nk kata kt ana pown .. nk tulis kt  fb ka , tweet ka , ap2 jela...biar lah ana keji di hadapan manusia.. tapi ana tanak keji di kekasih ana iaitu ALLAH.. kalau keji d mata manusia .. korang tak buleyh buat apa2 kan TAPI jika ana keji d mta ALLAH ana yang takut.. sebabnya ALLAH maha kuasa.. apa2 pown dia boleyh turunkan bala kepada ana.. ALLAH maha adil..apa yang kita buat d dunia ALLAH akan balas balik kan..Takut lah.. okeyh.. sebelum bermulanya cerita yg ingin di sampaikan izinkan ana melafazkan bismillahirahmanirahim terlebih
dahulu... haa okeyh mai cni ana nak berkongsi cerita pasai artis kita iaitu FARAH ASYIKIN ... baru2 nie dy dtg tmpat ana study tau dak! Fulamak.. terkejut sngat2 tgk dy.. nak tahu kenapa.. YA ALLAH ... dy sudah berhijab... sbulum dy dtg tmpt ana study tu.. ana prnah jumpa dy kat stadium.. ya rabi seksinya dy... tapi skrng nie berubah ... berubah.. berubah... YA allah 1 time jumpa dy beserinya muka dyaaaaa... tgk ALLAH telah mmberi hdyah kpd dy.. dy cerita sndri..mcm na dy boleyh berhijab.. dy berhijab disebabkan terbayang d hadapan cermin TNTNG DOSA2 DY YG LALU .. haaa...tunggu cangak g tak takut... balik drp tmpt kerja tu dy nangis smbil drive..hmm  terpikir2 knapa dy buat cmtu?? kt sapa dy nak tunjuk aurat dy?? hmm.. dalam perjalanan pulang dy menangis.. dn pada masa yg sama hujan turun dgn lebatnya.. bayangkanlah kalau hujan lebat..mcm na lau dy balik kan.. haa.. tapi tgk ALLAH maha penyayang.. ALLAH jaga dy.. smpai ja kt rumah dy..dy berlari masuk bilik..dy nangis..nangis..dn nangis.. pada malam yg hujan sngat lebat,, guruh kilat kuat.. dy telah melakukan solat sunat taubat nasuha... YA ALLAH cering bulu roma .. habisnya rakaat yang terakhir dan dy melafazkan amin .. lalu hujan yang lebat dgn guruh,kilat tu berhenti.. ajaibnyaa.. ALLAH telah mendengar doanya.. sekarang nie dy adalah seorang hamba ALLAH yang sedang beristiqamah kpd ALLAH .. YA ALLAH indahnya islam tu kan.. seorang demi seorang ALLAH memberi hidayah kpd hambanya.. sekarng nie kita boleyh tgk kan ramai artis yg bertudung.. INDAHNYA ISLAM.. ISLAM tidak susah jika kita sering mengamalkannya kan..









Monday 4 March 2013


 ASSALAMUALAIKUM .....

        Utusan ini menceritakan tentang berkorbannya seorang AYAH ... haaa! sedih dengan khabar berita yg mnyatakan abah terpaksa bertugas di SABAH.tahu kan isu sekarang yg peperangan filipine tu... haa !! YA ALLAH .. dgr2 eh btol ke nie .. abah nak ke sana.. tak caya .. tak caya.. tak caya... hmm.. semua orang tahu kan apa isu semasa yang berlaku kat sana.. kan.. kan .. kan.. YA ALLAH takutnya.. tapi nak buat cmna mmng dah tugas yang harus dilakukan dah kan.. Eh! jap tapi abah standby baru.. tapi tak thu lah jadi ke tak lagi.. hmm.. tapi mintak2 lah tak jadi.. hehe.. takmau abah p sana.. kalau boleh tak mau .. tak mau.. sesungguhnya ALLAH telah tetapkan abah ke sana saya redha .. sesungguhnya abh ke sana berjuang demi negara kan .. insyaallah abh pergi dgn selamat dan pulang dgn selamat.. insyaallah....kerja yang di amanahkan harus dilakukan kan.. semoga abh berjuang dgn selamat demi negara...kakngah syg abh sngat2.. :)
SEMOGA PERJUANGANMU DI REDHAI ALLAH :) insyaallah 


                                       SENTIASA MENDOAKAN PERJUANGANMU ABAH 





Friday 1 March 2013


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
moga lautan hilang gelora
            





Hari keimanan teguh di hatimu
Bentangkan sejadah keinsafan
Setulus hatimu ke hadrot Illahi
Mohon maghfiroh bersujud padaNya
Betapa sepinya fatamorgana
Di dunia yang tandus keimanan
Nafsu amarah melingkari diri
Kerakusan manusia membawa sengsara
Lihatlah dunia hari ini
Pertumpahan darah di sana sini
Keegoan manusia meraja di hati
Sanggup berbunuhan tiada maruah diri
Terbitkan kembali kuntuman keimanan
Usah biarkan layu berterusan
Kembali segera ke panjang jalan
Moga mendapat syafaat Illahi


Thursday 28 February 2013



Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.



MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH ?

Tepuk dada.. pejam lama2 .. tanya iman :)



Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah , 
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

♥•YA ALLAH♥•
Tabahkan jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

semoga kita semua (para akhwat) dapat terus berusaha tuk menjadi wanita sholeha, sebagaimana yang disebutkan bahwa “sebaik-baik perhiasan dunia adalah Wanita yang Sholeha”

KENAPA WANITA MUDAH MENANGIS :)



Kenapa Wanita Mudah Menangis?. Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama.  

5 punca utama mengapa wanita menangis ialah .

Hormon – Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi – Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas – Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.


Kisah Zinnirah


Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Wanita Solehah 3 Copy
Add caption

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua



Assalamualaikum wbt.

Untuk entry kali ini, tiba-tiba rasa nak kongsi sedikit mengenai wanita. Mungkin sebab penulis blog ini juga seorang wanita  *hehe* , rasa macam perihal wanita ini dekat sangat dengan diri (mesti lah kan..). Baiklah, kita sentuh satu aspek ni, ramai yang tahu tapi ramai juga yang terlepas pandang.

PERIHAL AURAT DALAM BERPAKAIAN.


Kan comel tutup aurat dengan sempurna. :)

Rasa takut apabila baca bahawa penghuni neraka nanti ramai daripadanya adalahwanita. 

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."(Riwayat Muslim)

Apa antara dalil wajib tutup aurat?

Firman Allah swt, 
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Dan satu lagi,...

Dalil tutup aurat.

Pardon? Tutup aurat? Ke tutup urat?

Nah. Ini yang kita selalu terlepas pandang. Tutup aurat - bukan sekadar mengenakan baju dan tudung, tetapi kita kena pastikan pakaian kita itu menepati syarat-syarat di bawah:

- pakaian tak ketat, nipis atau jarang.
- tudung dilabuhkan sehingga menutupi bahagian dada.
- pastikan menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. 
  (attention !!! kaki kita juga aurat !!!)
- tidak menampakkan perhiasan.

Antara kesalahan yang sering kita terlepas pandang.
Jangan ulangi kesalahan ini..!!

Ala, lecehlah nak kena tutup semua!

Astaghfirullahal adzim.
 Kita kena ingat setiap arahan Allah untuk hamba-Nya bukan tujuan untukmembebankan kita. Allah tahu apa-apa yang terbaik untuk kita. Allah faham kita. Allah tahu fitrah manusia itu kerana Allah yang cipta kita. Suruhan untuk menutup aurat ni tak lain tak bukan adalah untuk pelihara kita juga, wahai wanita yang diciptakan indah sekalian. Aurat perhiasan kita, maka wajar kita tunjukkan pada yang berhak sahaja.

Cuba kita lihat secara logik. Analoginya, andai kata kita ada dua coklat Ferraro Rocher. *gulp.terliur*. Mahalkan coklat tu? Pernah tak nampak coklat yang mahal terdedah tanpa bungkusan? *tak pernah kan*. Okay, katakanlah, satu coklat masih berbungkus elok. Manakala satu lagi coklat terdedah. Boleh jadi lalat atau habuk telah melekat pada coklat yang terdedah tu. Akhirnya, coklat mana yang kita pilih untuk makan
Tepuk dada, tanya iman. :)

Indahnya Ferrero Rocher di dalam bungkusan. :)

Macam tu lah dengan kita, wanita. Mahalnya kita, sebab itulah Allah perintahkan kita tutup aurat. Dan hanya orang yang layak saja boleh memandangnya. Oleh itu, jom tutup aurat dengan sempurna. 
Kerana dirimu begitu berharga! ;)

Aurat saya. Maruah saya. Jom pelihara aurat. :)

 

                                  AKHLAK DATANG DARI WAJAH 


Kita bertanya , akhlak itu datang dari berapa cabang?? Jawapanya adalah 3. Yang pertma datangnya dari wajah . Keduanya datang dari tutur kata . Ya, wajah menjadi syarat pertama kepada tanda keindahan akhlak seorang mukmin . Bahkan ia turut di tonjolkan Rasullulah kepada kita sebagai teladan. Wajah Rasullulah di gambarkan penuh berseri-seri. Dalam qasidah dan berjanji , kita sering mendengar kata- itu bagi menggambarkan bahawa  memiliki Rasulullah wajah yang ceria bersinar-sinar . Malah di wajah itu jugak , ia turut mengambarkan keagungan dan kewibawaan Rasulullah sebagai kekasih ALLAH . Cuba kita lihat dan renung wajah sendiri? adakah orang berkenan melihat wajah kita? Atau mungkin kita tak berkenan tgk wajah sendiri? jika tidak , maknanya ada yang tidak kena kan!! hmmm!! SEDARILAH BAHAWA AKHLAK DAN WAJAH YANG BERSERI-SERI ITU DATANGNYA DARI SENYUMAN !! see!! susah sngat kah kita sebagai hamba ALLAH nie nak mengukirkan senyuman :) . Oleh sebab itu , kurangkanlah air  muka yang masam mencuka kerana senyuman itu adalah SEDEKAH.. Khusus buat insan yang bernama WANITA yang di anugerahkan paras wajah yang MENAWAN , hargailah pemberian-NYA dengan penuh rasa syukur . Terjemahkanlah seri wajah dengan nilai2 terpuji sebagai seorang hamba yang sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan-NYA :) SenyUMAN-Mu maNis :)